Friday 22 July 2016

Manusia yang tidak bersyukur, malahan ia berpaling...



Ketika Allah berikan kamu mentari...
Kamu me-leka darinya...
Hingga ia terbenam..

Lalu Allah beri pula kamu rembulan...
Kamu tetap me-leka darinya...
Hingga ia dilitupi awan...

Lalu Allah hiasi pula dengan bintang2...
Namun kamu masih berpaling...
Jauh sekali mahu mengerling...

Akhirnya Allah ambil penglihatanmu...
Jadilah seri warna tidak lagi bermakna...
Kelam dan terang tiada beza..

Ketika itu mungkin kamu kan sedar...

Betapa bernilai setitis cahaya bintang...
Jika ketiadaan Rembulan...

Betapa indah sinar rembulan...
Jika ketiadaan mentari...

Dan betapa bermaknanya terang mentari...
...Sekiranya kamu menghargai...
...Sekiranya kamu mensyukuri...

Wednesday 20 July 2016

Sekelumit dari rahsia Musyahadah...


Jangan biarkan mata yang memandang Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah s.a.w di kotorkan dengan memandang perkara-perkara maksiat.

Jangan biarkan lidah yang berbicara dengan Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah s.a.w dikotorkan dengan bicara-bicara maksiat dan kelalaian.

Maksiat pada orang awam adalah dosa-dosa zahir

Maksiat pada orang khusus adalah dosa-dosa zahir dan batin

Maksiat pada orang khawasul khawas (yang lebih khusus dari orang-orang yang khusus) adalah ghaiyrullah (selain Allah)

(Setiap perkara / perbuatan yang tidak ada Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah s.a.w di dalamnya adalah "ghaiyrullah")

Sunday 17 July 2016

Hasad Dengki Penyakit Nafsu...

Sang katak telah lama menyimpan rasa tidak puas hati pada sang burung...

Setelah sebulan berfikir-fikir... sang katak mengambil keputusan untuk bersemuka dengan sang burung...

"kali ni aku akan berterus terang dengan sang burung... apa nak jadi.. jadi lah...", kata sang katak didalam hati dengan muka nya yang stress gilerrrr....

 Kelihatan sang burung sedang terbang rendah, lalu hinggap di batu sungai, lalu menyapa sang katak...



Burung : hai sang katak, apa khabar?

Katak : tak payah nak tanya2 khabar laa sang burung... hari ni aku nak berterus terang dengan kau.... aku sangat tak puas hati dengan kau.. sakit hatiiiii... sakit hatiiiii kau tahu tak....

Burung : sabar sang katak... apa salah aku.. aku tak buat apa-apa pun kat kau...

Katak : memang kau yang bersalah dalam hal ni... kenapa engkau terbang ke udara, bebas ke sana ke mari...??? Kenapa engkau tak melompat2 macam aku je kat daratan ni...

Ini tidak adil.. kalau aku tak boleh terbang... engkau pun jangan terbang.. engkau melompat2 saja macam aku.. faham tak... faham tak..????

Burung : errrrr.. errrrr... (tiba-tiba burung jatuh pengsan kerana migrain memikirkan kedangkalan otak sang katak)


- kesimpulannya, jika nak sakit hati pada orang pun, biar laa ada alasan yang cerdik sikit...-

Sejarah Yang Hilang?...


Apa ertinya mengenang sejarah...

 Jika tak membuat kita berubah...

 Apa ertinya mengharap rembulan...

 Mentari siang pun tak kita hiraukan...


Sunday 10 July 2016

Jangan bersedih dengan masalah kehidupan di dunia...


Mengapa engkau bermuram durja, bersedih, berasa putus harapan dengan beban-beban dan masalah-masalah kehidupan di dunia?...


Apakah engkau datang (lahir) ke dunia bersama dengan masalah-masalah tersebut?

Apakah engkau akan meninggalkan dunia ini (mati) dengan membawa masalah-masalah tersebut?

Tidak bukan?....

Jadi, mengapa engkau harus bersedih diatas apa yang tidak kau bawa disaat engkau datang dan tidak mengikutimu disaat engkau pergi?

Saturday 9 July 2016

Mengapa masalah bertimpa2 atau sakit sukar sembuh?...


Mengapa sakit tidak sembuh2 atau masalah dalam hidup berulang2 dan tak selesai2?

1. Sakit itu ujian / dugaan dari Allah nak hapuskan dosa dan nak naikkan darjat kita.

2. Tak jaga solat / jauh dari agama - langsung tak solat, ambil ringan pasal solat, meninggalkan Al Quran (dah terlalu lama tak baca Quran).

- Jiwa kosong dari Allah dan Baginda Rasulullah s.a.w / kosong dari agama (baik dari sudut amalan mahupun akhlak/sikap)

3. Kifarah - mungkin kita pernah aniaya / zalimi orang, atau haiwan dan sebagainya.

(Zalim juga bermaksud, tidak meletakkan sesuatu benda/hak/perkara pada tempatnya)

4. Selalu bersikap menyempitkan / menyusahkan / merumitkan / menghina keadaan orang lain. (Maka Allah sempitkan/susahkan/rumitkan/hinakan kehidupannya)

5. Selalu berprasangka buruk (fikiran negatif) pada diri sendiri, pada manusia sekeliling, pada Allah s.w.t.

Friday 8 July 2016

Asal Usul Insan...

Biarlah dihina lumpur diri...
Kerna sememang zahirku dari tanah...
Biarlah "Cahaya Tuhan" itu tersembunyi selamanya...
Kerna sang iblis pun tak bisa menemukannya di dalam Adam...

Wednesday 6 July 2016

Mengapa Susah Nak Buat Kebaikan...?

Ada orang mengadu, "mengapa susah sangat untuk kita buat kebaikan?, ada saja dugaan dan cabarannya".

Saya jawab, "Apabila kita merasa sangat dahaga... adakah kita rasa mengalami kesukaran untuk minum air, untuk hilangkan dahaga? Tidak kan..? Mudah saja... Betul tak?...

Syurga itu umpama air...
Cabaran dan dugaan itu umpama dahaga...
Usaha2nya adalah amal2 soleh atau amal2 kebaikan...

Kejarlah Redha Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana anda sangat dahagakan air... atau lebih dari itu.. insyaAllah yang nampak sukar akan jadi mudah...

La Tahzan... Jangan Bersedih...

Apabila kita ada Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah s.a.w, untuk apa kita menagih kasih dan perhatian dari ahli dunia?

Ramai orang mengeluh mereka di sakiti oleh orang2 disekelilingnya... namun mereka mungkin terlepas pandang dan lupa, ada ramai "orang2 jauh" yang menyayangi dan merinduinya...

Orang2 jauh itu mungkin saja orang2 yang masih hidup mahupun orang2 yang sudah pindah alam (mati). Ingatan, kasih dan rindu mereka ini menjadi doa kepada kita.

Jadi.. untuk apa kita bersedih..

Rahsia Lalat DiCiptakan Allah...


Satu hari seekor lalat berterbangan di sekeliling seorang raja. Puas raja tersebut mengibas2 tangannya menghalau lalat tersebut, tetapi lalat tersebut tidak mahu pergi...

Oleh kerana merasa marah dan terganggu, lalu raja tersebut bertanyakan hal tersebut pada seorang ulama' yang soleh..

Raja : wahai syeikh, mengapakah Allah menjadikan lalat?

Ulama' : Lalat tersebut hinggap pada sampah, mahupun makanan, hinggap pada orang miskin mahupun orang kaya, hinggap pada rakyat jelata mahupun seorang raja.

Ini menunjukkan, disisi seekor lalat, tiada bezanya darjat dan pangkat manusia..

Sedangkan disisi seekor lalat pun tiada bergunanya darjat dan pangkat manusia, apatah lagi disisi Allah s.w.t

Begitulah Allah beri perumpamaan pada seekor lalat, supaya manusia berfikir.

Raja : (menangis tersedu2 mengenangkan kebenaran kata2 ulama' tersebut)

Tuesday 5 July 2016

Madad Madad Ya RasulAllah....






Madad Madad Ya RasulAllah
Madad Madad Ya HabibAllah

Madad Madad Ya RasulAllah
Madad Madad Ya HabibAllah

Madad Madad Ya RasulAllah
Madad Madad Ya HabibAllah

Wahai yang sempurna zatnya...
Wahai yang indah sifat2nya...
Wahai penghujung segala matlamat...
Wahai cahaya kebenaran...

Wahai pelita sekelian alam...
Wahai Muhammad (s.a.w)...
Wahai Ahmad (s.a.w)...
Wahai ayahanda Qasim (s.a.w)...

Agungnya kesempurnaanmu untuk diungkapkan dengan lidah...
Dan sangat mulianya keindahanmu untuk dicapai manusia...
Dan besarnya keagunganmu untuk terlintas dihati...
Telah berselawat Allah s.w.t keatasmu...

Dan telah diberi kesejahteraan wahai Rasulullah (s.a.w)...
Wahai tempat ter-teranya segala kesempurnaan Tuhan yang Agung...