Wednesday 6 July 2016

Rahsia Lalat DiCiptakan Allah...


Satu hari seekor lalat berterbangan di sekeliling seorang raja. Puas raja tersebut mengibas2 tangannya menghalau lalat tersebut, tetapi lalat tersebut tidak mahu pergi...

Oleh kerana merasa marah dan terganggu, lalu raja tersebut bertanyakan hal tersebut pada seorang ulama' yang soleh..

Raja : wahai syeikh, mengapakah Allah menjadikan lalat?

Ulama' : Lalat tersebut hinggap pada sampah, mahupun makanan, hinggap pada orang miskin mahupun orang kaya, hinggap pada rakyat jelata mahupun seorang raja.

Ini menunjukkan, disisi seekor lalat, tiada bezanya darjat dan pangkat manusia..

Sedangkan disisi seekor lalat pun tiada bergunanya darjat dan pangkat manusia, apatah lagi disisi Allah s.w.t

Begitulah Allah beri perumpamaan pada seekor lalat, supaya manusia berfikir.

Raja : (menangis tersedu2 mengenangkan kebenaran kata2 ulama' tersebut)

No comments:

Post a Comment